Wednesday, April 20, 2011

Berapa Ramai Rindu "DIA"

Salam pembaca semua…
Tergerak hati daus nak buat entri macam ni…
Kenapa???
Daus terdengar satu ceramah semalam di tv…
Tapi daus hanya sempat dengar setengah kerana daus baru balik dari online..

Ok macam ni ceramah nya

Para sahabat rasullullah bertanya kepada rasullullah

Para sahabat:
wahai Muhammad siapa kah yang mulia? Adakah kami para sahabat mu..

Muhammad:
sudah tentu lah kalian semua kerana kalian yang membantu ku mensebarkan dakwah,bersama ku tidak kira susah dan senang.

Para sahabat:
tersenyum dengan jawapan rasullullah…

Namun pada ketika itu rasullullah menundukkan muka dan kedengaran tangisan

Para sahabat terkejut lalu bertanya

Para sahabat:
kenapa engkau menangis Muhammad…

Lalu perlahan2 rasullullah mengangkat muka dan berkata
Muhammad:
tetapi ada lagi yang lebih mulia…

Para sahabat:
siapakah ya Muhammad…

Muhammad:
mereka adalah orang yang sentiasa merindui aku sehingga menangis2, tidak pernah berjumpa ku namun amat merindui ku…percaya dengan ajaran ku walaupun aku tidak ada seperti sekarang berhadapan dengan kalian semua…tetapi mereka sentiasa mengingati ku..sedangkan aku tidak dapat menemui mereka…MEREKA ADALAH UMAT KU SETELAH KEWAFATAN KU KELAK

Daus terkedu…
Kita lah yang nabi allah paling mulia rindui tu…
Tapi ada ka kita rindu kat rasullullah…
Berapa ramai sangat yang ingat kat rasullullah sekarang…
Siapa yang menjadi idola kita kalau bukan penyanyi,pemain bola sepak,pelakon dan sebagainya…
Siapa yang jadikan rasullullah sebagai idola nya..
Sangat sedikit bilangan nya…
Kalau ditanya budak2 kecik sekarang ni daus rasa depa pun mesti sebut nama artis yang tengah top sekarang ni kan…

Para sahabat blogger daus pun ngaku daus pun bukan seorang yang sentiasa ingat kat rasullullah…
Tapi sampai bila kita nak jadi macam tu…
Sampai bila kita nak jadi umat rasullullah yang sangat2 rindu kat kita walaupun dia xpernah jumpa kita..
Sedangkan sebelum baginda wafat pun dia menyebut UMAT KU sebanyak 3x kali…
Tapi hari ni berapa ramai yang menyebut nama baginda dan mengingati baginda…

Daus terasa jahil sangat2…
Tujuan daus tulis entri ni bukan nak tunjuk daus ni alim or apa2…
Just nak share ngan sahabat2 blogger dalam dunia blogger yang maybe xsempat tgk tv or xberminat langsung dengan medium2 islamik…so daus amik inisiatif blog untuk sampaikan kat Hampa semua…
Xkan daus sorang ja nak dapat…
Daus nak jugak hampa dapat apa yang daus dapat…

19 comments:

fRaMe+LenSeS said...

nice sharing daus. Nadh suka. ;) moga kita suma dapat ingatan la ye.. :D

NUR Azdatul Azween said...

cerita halaqah-sentuhan qalbu..dan takuk malam tue adalah ikon..
mmg sedih bila tengok dan dengar...

Halimatun Sa'adiah said...

terase nipisnya iman kita...

Izamir Ridzwan said...

kecilnya IR rasa bila membaca entri ni

CikTomyam said...

info yg berguna..bgus la wat entry cmnei..^^

awanis said...

betul tu..
tak ramai yang ingat Rasullullah..
so, sebagai umat islam, kite kene la slalu ingat kat Rasullullah..
slalu berselawat ke atas nye..
kan?

~$AKURA M!AKA~ said...

thx sharing entry cam nie..entry yg sangat begune.. ^^V

picairin said...

rindu Baginda moga tidak bermusim... ameen...

NuSaNa NoSa 91 said...

yup~ kita hnya ingat Baginda time maulidur rasul je.. setahun sekali.. uhuk2~ =.=

darxniq said...

terasa dgn entry nih..betapa aku alpa..

waN Mohd Salim said...

http://www.penulissenja.com/2011/05/luka-seribu-rindu.html

follow sini

Inche Vampire said...

superb... tapi kan, jangan tersilap. heh. kita sebut je selawat nabi masa solat. :)

aliarosli said...

begitu sekali baginda merindui kita, kita pula?

ya ALLAH!

Bella Bell said...

kerdilnya diri ni T__Tv

Sunah Mohammad said...

subhanallah...terima kasih atas perkongsian ni daus...T_T

mcm ni lah said...

singgah dan follow

mcm ni lah said...

singgah dan follow

atieshariffuddin said...

wuu~ sedih2.. bile pk kan balik.. mmg cmni kan.. kite xkn igt kt org yg igt kat kita.

zacky ~786~ said...

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...